Kebenaran kini terbukti - Ezlynn

Gempak
Julai 12, 2017 06:43 MYT
Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye itu kemudian menerusi laman Instagram (IG) memberitahu seolah-olah lega dengan keputusan tersebut.
KEMELUT rumah tangga penyanyi Ezlynn bakal berakhir apabila suaminya, Adam Fahmy me­nyatakan persetujuan untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah semalam.

Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye itu kemudian menerusi laman Instagram (IG) memberitahu seolah-olah lega dengan keputusan tersebut.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik Ezlyn turut bersyukur kerana akhirnya semua orang sudah tahu kebenarannya.

Berikut kapsyen penuh yang ditulisnya:

"Yeay...done.. good day indeed...Alhamdulilah finally everyone knows the true now..."

#Adam Fahmy #Ezlynn #Hi Hi Bye Bye #Mahkamah Rendah Syariah #perceraian