'Keadaan kesihatan makin baik, cuma ...' - Wan Maimunah

Gempak
Ogos 21, 2018 16:55 MYT
WAN MAIMUNAH: 'Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana telah keluar dari hospital, keadaan kesihatan pun semakin baik cuma masih perlu mengambil ubat yang dibekalkan oleh doktor pakar.' - Foto Astro GEMPAK
PELAKON Wan Maimunah telah keluar dari wad Hospital Alor Gajah pada petang semalam selepas seminggu ditahan akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Ketika dihubungi Gempak, pelakon ini meluahkan rasa syukurnya serta menjelaskan dia masih perlu mengambil ubat yang dibekalkan oleh doktor pakar dalam tempoh masa tertentu.
"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana telah keluar dari hospital, keadaan kesihatan pun semakin baik cuma masih perlu mengambil ubat yang dibekalkan oleh doktor pakar.
"Saya berharap agar terus dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat menjalani kehidupan harian secara aktif," ujarnya.
Wan Maimunah mula menjejak kaki di dunia lakonan pada tahun 1972 dan telah memenangi Artis Komedi Wanita Popular selama lima tahun berturut-turut dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 1992 hingga 1996.
#Anugerah Bintang Popular Berita Harian #Artis Komedi Wanita Popular #Hospital Alor Gajah #karier #kesihatan #pelakon #Wan Maimunah
;