KDN tidak lulus tayangan filem 'Padmaavat' di Malaysia

Bernama
Februari 2, 2018 17:25 MYT
KDN: JKRF membuat keputusan untuk mengekalkan keputusan LPF iaitu tidak membenarkan tayangan filem 'Padmaavat' di Malaysia (Tidak Lulus Untuk Tayangan - TUT). - Gambar fail
Filem 'Padmaavat' tidak dibenarkan ditayangkan di Malaysia kerana mempunyai elemen menyentuh sensitiviti agama Islam, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).
KDN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Lembaga Penapis Filem (LPF) telah membuat keputusan tidak meluluskan tayangan filem 'Padmaavat' atas alasan jalan cerita filem tersebut memberikan gambaran buruk terhadap agama Islam.
Keputusan LPF itu turut dikekalkan oleh Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF) yang bersidang pada 30 Januari lepas berikutan rayuan yang dikemukakan syarikat pengedar filem itu untuk mempertimbangkan keputusan tapisan filem tersebut, katanya.
"JKRF membuat keputusan untuk mengekalkan keputusan LPF iaitu tidak membenarkan tayangan filem Padmaavat di Malaysia (Tidak Lulus Untuk Tayangan - TUT)," kata KDN.
#hiburan #hindustan #Jawatankuasa Rayuan Filem #JKRF #KDN #Kementerian Dalam Negeri #Lembaga Penapis Filem #LPF #Padmaavat #rayuan #Tidak Lulus Untuk Tayangan #TUT
;