Kaya dan umur 35 tahun, Taecyeon 2PM masih terima duit dari ibu
Gempak
Mac 23, 2022 14:08 MYT
Mac 23, 2022 14:08 MYT
SALAH seorang anggota 2PM, Taecyeon baru baru ini mengaku walaupun popular dan dilimpahi kemewahan hasil menjadi pelaku seni, kewangannya masih diuruskan oleh keluarga.
Kenyataan tersebut diberikan sewaktu temubual bersama majalah @star1.
Menurut Taecyeon, dia memang secara sukarela memberi kebebasan buat ibu dan bapa menguruskan hal kewangannya sejak memulakan karier.
Malah, biar kini sudah mampu untuk menguruskannya sendiri, dia tetap mahu kedua ibu bapanya menjaga soal ekonomi dan kewangannya.
“Sehingga kini kedua ibu dan bapa saya masih mengawal dan menguruskan kewangan saya.
“Saya sudah 35 tahun sekarang, namun masih menerima wang dari mereka,” akuinya seperti dilaporkan Soompi.
Dalam perkembangan lain, Taecyeon kini sibuk menjalani penggambaran drama berbentuk misteri dan thriller, Blind.
Ia mengisahkan seorang individu yang secara tak sengaja menjadi mangsa dalam sebuah jenayah.
Drama ini turut dibintangi oleh anggota Apink, Jung Eun Ji Ha Seok Jin.
Artikel asal di Gempak boleh dibaca di sini