ANAK sulung kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan selamat menjalani pembedahan ke atas matanya yang juling.

Menurut Aliff Syukri, pembedahan itu dilakukan selepas anaknya mengadu sering diejek oleh rakan-rakannya kerana kecacatan di mata anak lelakinya itu.

"Dia (Ammar) selalu mengadu kawan-kawan selalu ejek mata dia. Insya Allah lepas ni dah tak ada orang ejek lagi ya... setelah 6 bulan menjalani rawatan hari ini (29 Julai 2018) Ammar akan menjalani pembedahan mata supaya matanya normal," tulisnya di Instagram (IG).

Menerusi entri yang sama di IG, Aliff memberitahu mengapa dia jarang memperkenalkan anaknya itu di laman sosial.

Aliff berkata anaknya itu seorang pemalu namun seorang yang bijak di sekolah.

"Ramai orang tanya kenapa saya jarang post di ig atau fb mengenai anak sulung saya? sebab Ammar anak sulong saya ni ada masalah pemalu dan susah nak berdepan dengan orang ramai, camera padahal dia bijak disekolah antara pelajar cemerlang dan boleh menghafal banyak surah di alquran..even saya rasa di lebih bijak dari saya.. tapi sebab sifat pemalu ya saya suruh dia baca surah sampai menangis-menangis dia buat saya geram... saya nak anak saya jadi yang terbaik dan yakin dengan orang ramai..mungkin dia malu sbb matanya juling air," tulisnya lagi.

cuba tngok part lasat vedio ni.....tangisan tpi penuh harapan supaya dia nmpak sempurna.. nasib baik abah ada rezki boleh opret mata.. siapa ada anak mcm ni sila share pengalaman anda di ruangan komen di bawah ye.. . . . ramai org cakap knp anak sy yg sulong tu knp sy jarang post di ig atau fb?? sbb ammar anak sulong saya ni ada masalah pemalu dan susah nak berdepan dgn org ramai , camera padahal dia bijak disekolah antara pelajar cemerlang dan boleh menghafal bnyak surah di alquran..event sy rasa di lebih bijak dr saya.. tpi sebb sifat pemalu ya saya suruh dia baca surah sampai menangis2 dia buat saya geram... sy nak anak saya jadi yg terbaik dan yakin dgn org ramai... . . mungkin dia malu sbb matanya juling air Semoga Ammar cepat sembuh mata.....dia selalu mengadu dulu kawan2 selalu ejek mata dia.....Insya Allah lepas ni dah x ada orang ejek lagi ya... setelah 6bulan menjalani rawatan hari ini ammar akan menjalankan pembedahan mata supaya matanya normal..doakan pembedahanya selamat..hari ni sy tak sempat nak temankan ammar ke hospital tpi dia pergi dgn mama ya @shahidadherbs ..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


Mengenai perkembangan terkini, anaknya itu sudah selamat menjalani pembedahan mata dan kini dalam proses untuk pulih seperti biasa.

biar dia tak comel mcm anak2 saya yg lain... . . dia baru sahaja bacakan sy doa panjang umur dan murah rezki dlm bisnes.. setiap malam anak saya akan bacakan sy doa dan salam dan kiss saya walapun mata dia hari2 berdarah sbb opret mata sbb juling.. sy nak dia jadi usahawan dan org berugama... doakan ya sahabat sy di ig dan fb utk anak saya @ammar_ahyan mata dia cpt sembuh ya.. . . . . . #jakarta #indonesia #bandung #cook #chef #gendut #banjar #food #jawabarat #letscook #mylifestye #ohabangkosmetik #luxurylifestyle #healthylifestyle

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


Foto: IG Aliff Syukri
Teks oleh: Syafiqah Jalal