Katy Perry muncul dalam video muzik Taylor Swift "You Need To Calm Down"

Asyraf Roslan
Jun 18, 2019 09:42 MYT
Dalam video muzik tersebut menunjukkan Katy memakai kostum burger manakala Taylor memakai kostum kentang goreng dan memeluk antara satu sama lain - Twitter Katy Perry
PEMINAT seni suara sebelum ini teruja apabila penyanyi Taylor Swift mengumumkan menerusi satu entri di Twitter dan Instagramnya pada Ahad dimana dia bakal menampilkan rakan-rakan selebriti dalam video muzik terbaharunya You Need To Calm Down.
Antara artis yang terlibat ialah Adam Lambert, Ryan Reynolds, Ciara, Ellen DeGeneres dan ramai lagi.
Namun semasa pelancaran video muziknya, peminat diberikan satu lagi kejutan apabila menampilkan pelantun lagu, Never Really Over, Katy Perry.

Asked a few friends to be in the You Need To Calm Down video Out tomorrow at 8:15am ET pic.twitter.com/QFp2Ni4Lb0

— Taylor Swift (@taylorswift13) June 16, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penampilan istimewa Katy Perry itu menandakan bahawa kedua-dua penyanyi ini sudah berbaik sejak dikatakan berselisih faham pada tahun 2015.
Dalam video muzik tersebut menunjukkan Katy memakai kostum burger manakala Taylor memakai kostum kentang goreng dan memeluk antara satu sama lain.
Momen tersebut membuatkan semua peminat mereka gembira kerana akhirnya 'persengketaan' dua 'puteri pop' itu.
Terdahulu, Taylor Swift turut menghantar biskut kepada Katy Perry dengan menulis "Peace At Last" di atas pinggan tersebut.
Selepas 13 jam tayangan video muzik tersebut telah mendapat 12 juta tontonan di YouTube.
#Instagram #Katy Perry #Taylor Swift #Twitter #video muzik #You Need To Calm Down #YouTube
;