Katie mahu Suri jadi gadis terpelajar
Astro Awani
Mei 13, 2013 08:00 MYT
Mei 13, 2013 08:00 MYT
Bijak berfesyen, Suri cruise yang dilaporkan menandatangani kontrak bernilai USD 2.3 juta dengan sebuah label pakaian terkemuka tidak kesampaian setelah dihalang ibunya, Katie Holmes.
Koleksi yang dikatakan berjenama “Suri” itu terdiri daripada rangkaian kasut sehinggalah ke seluar jeans.
Ibunya berkata, dia mahu Suri lebih fokus pada pelajaran terlebih dahulu.
Idea perniagaan tersebut bermula setelah Holmes dan teman perniagaannya, Jeanne yang berhasrat memulakan sebuah blog fesyen untuk Suri.
Namun itu semua tidak akan terjadi buat masa ini kerana Holmes mahu anaknya fokus terhadap pelajaran agar dia dapat menikmati kehidupan seperti kanak-kanak lain.
Hanya berusia 7 tahun, anak kepada Tom Cruise dan Katie Holmes itu menjadi tumpuan peminat fesyen di seluruh dunia.
Holmes dan Cruise bercerai pada Jun 2012 setelah 5 tahun berkahwin.