Karya terbaru Zemeckis selepas 12 tahun
Astro Awani
Januari 19, 2013 14:24 MYT
Januari 19, 2013 14:24 MYT
Cuaca sejuk menemani barisan pelakon filem 'Flight' sewaktu tayangan perdana filem itu di London. Filem bergenre seram arahan Robert Zemeckis itu dibintangi Denzel Washington dan Kelly Reilly.
“Saya suka kerumitan dan kekaburan moral dalam filem ini. Saya juga suka hakikat filem itu yang begitu unik dan lakonlayarnya membuatkan saya terus membacanya dari mukasurat pertama hingga penghujungnya. Saya ingin mengetahui apa yang bakal berlaku kepada lelaki ini," kata Zemeckis.
Peranan Washington sebagai seorang juruterbang yang pemabuk tetapi berjaya mengelakkan kemalangan udara melayakkannya meraih pencalonan Oscar. Aktor berusia 59 tahun itu dicalonkan dalam kategori pelakon lelaki terbaik.
Filem ini turut menandakan kemunculan semula Zemeckis selepas lebih 12 tahun tidak mengarah sebarang filem. Karya terakhir arahannya ialah pada tahun 2000 menerusi 'Castaway' dan 'What Lies Beneath'.