Kanye West beli saham 5 syarikat gergasi untuk Kim Kardashian

Pritha Manivannan
Disember 27, 2017 11:34 MYT
Kanye belikan saham dari Amazon, Walt Disney, Netflix, Apple dan Adidas sebagai hadiah Krismas bagi Kim Kardashian - Foto: AP Photo
Kanye West menghadiahkan isterinya, Kim Kardashian hadiah Krismas yang tidak disangka dan boleh digandakan nilainya pada masa akan datang.
Menerusi video ‘Instagram Story’ laman Instagram Kim K, beliau menunjukkan hadiah yang diberikan Kanye dengan cara yang menarik.
Kotak hadiah pertama mengandungi patung Mickey Mouse, stokin Adidas, kad hadiah Netflix, kad hadiah Amazon dan fon kepala berjenama Apple.
Tetapi itu hanya petunjuk kepada hadiah utama.
Seterusnya, Kim menunjukkan kotak hadiah kedua yang mengandungi saham dari syarikat-syarikat itu.
Sijil saham syarikat Walt Disney, jelas menunjukkan nilai saham yang dibeli iaitu AS$100,000 dan Kanye dipercayai membeli setiap saham pada nilai yang sama.
#Apple #Disney #Instagram #Kanye West #Kim Kardashian #Netflix
;