Kang Daniel, Jihyo Twice putus cinta
Agensi
November 10, 2020 12:34 MYT
November 10, 2020 12:34 MYT
HUBUNGAN cinta antara ahli kumpulan K-Pop Twice, Jihyo dan bekas anggota kumpulan Wanna One, Kang Daniel sudah berakhir.
Sumber syarikat label muzik Korea Selatan, JYP Entertainment mengesahkan perkara tersebut.
“Benar, mereka sudah putus cinta baru-baru ini,” kata sumber berkenaan.
Sementara itu, agensi Kang Daniel pula hanya akan mengeluarkan kenyataan setelah mendapatkan pengesahan daripada artisnya.
Menurut laporan Dispatch, kedua-dua penyanyi popular itu mengakhiri hubungan cinta mereka kerana tidak dapat bertemu dengan kerap ekoran jadual kerja yang padat.
Sumber Dispatch juga mendedahkan, kedua-dua artis berkenaan memutuskan untuk memberikan fokus kepada pekerjaan, termasuk persiapan album masing-masing.
Pasangan tersebut pada Ogos 2019 mengakui menjalin hubungan cinta sekalipun dalam masa sama terdapat desas-desus yang mendakwa kedua-duanya bercinta pada awal tahun berkenaan lagi.
Jihyo dan Kang Daniel dilaporkan bertemu selepas diperkenalkan oleh rakan karib mereka yang juga seorang selebriti pada 2018.
#Jihyo Twice
#Kang Daniel
#K-pop
#hubungan cinta
#putus
#Wanna One
#JYP Entertainment
#Korea Selatan