#KamiSokongKamil: Isyarat sokongan anak seni pada KP Finas Datuk Kamil Othman

Nizam Bakeri
Mei 1, 2016 20:20 MYT
Datuk Kamil Othman dilantik sebagai Ketua Pengarah FINAS pada 30 Oktober 2014 - Foto
BEBERAPA pelakon dan pengarah hari ini menyebarkan hashtag #KamiSokongKamil sebagai tanda sokongan kepada Ketua Pengarah Perbadanan Filem Nasional (FINAS), Datuk Kamil Othman.
Kempen yang turut disertakan hashtag #TakdokJureyAntaroKito (Tiada Jurang Antara Kita) itu dilihat sebagai respon terhadap tindakan Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), Datuk Jurey Latiff Rosli.
8 Mac lalu, Jurey telah menghantar surat kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Mohd Salleh Tun Said Keruak kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran FINAS.
Menurut myMetro, Tindakan Jurey itu membuatkan lima persatuan iaitu Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Persatuan Pekerja Filem Profesional Filem Malaysia (Profima), Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia (PPFIM), Persatuan Sinematografer Malaysia (MYSC) dan Persatuan Pos-Produksi & Animasi Malaysia (Postam) mahu keluar dari GAFIM.
‘Kamil peminat filem tegar’
Antara yang lantang mempertahankan Kamil ialah pengarah dan pelakon tersohor Afdlin Shauki.
Dalam akaun Instagramnya, Afdlin menyifatkan Kamil sebagai peminat filem tegar dan kedudukannya dalam FINAS tepat untuk memajukan industri filem tempatan.
Selain Afdlin, antara selebriti yang menzahirkan sokongan ialah Namron, Susan Lancester, Fatimah Abu Bakar, Bront Palarae, Sofia Jane, Iedil Putra, Cristina Stockstill, Rashidi Ishak, Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Beto Kusyairy, Azhan Rani, Vanida Imran, dan Dynas Mokhtar.

Kami percaya dan yakin dengan kepimpinan Dato' Kamil Othman memimpin FInas. #KamiSokongKamil https://t.co/4r4hcFHXBW

— Nam Ron (@_Nam_Ron_) April 29, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#KamiSokongKamil - please stay! https://t.co/lncf2bGuux

— Susan Lankester (@suelanks) April 29, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

What's this I hear there's a move trying to undermine Finas' KP? Please allow him time to make some needed changes! #KamiSokongKamil

— fatimah abu bakar (@fatibee) April 29, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kami perlukan usaha KP FINAS diteruskan tanpa politik pemimpin2 persatuan. #KamiSokongKamil #TiadaJureyAntaroKito Sila RT tanda stuju!

— Bront Palarae (@Bront_Palarae) May 1, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

This is the only person who is capable beyond doubt to help the local film industry. And he's not for himself, get it? #KamiSokongKamil

— RASHIDI ISHAK (@rashidi_ishak) May 1, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

It's you who should back off, step down & leave Jurey..not Kamil.#wesupportKamil #kamisokongKamil #takdokJureyantarokito

— Beto Kusyairy (@Beto_Kusyairy) May 1, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
##KamiSokongKamil #Datuk Jurey Latiff Rosli #Datuk Kamil Othman #FINAS
;