"Kami masih berbincang" - Agensi nafi Lisa Blackpink tolak tawaran kontrak baharu

Agensi
September 15, 2023 15:36 MYT
Dalam satu kenyataan, agensi itu memaklumkan perbincangan antara kedua pihak masih berjalan. - Foto Instagram/lalalalisa
AGENSI YG Entertainment belum dapat memberi sebarang pengesahan tentang pembaharuan kontrak dengan salah seorang anggota kumpulan Blackpink, Lisa.
Dalam satu kenyataan, agensi itu memaklumkan perbincangan antara kedua-dua pihak masih berjalan.
"Kami masih berbincang tentang memperbaharui kontrak dengan Lisa. Khabar angin yang diperkatakan sekarang tiada yang dapat disahkan," kata YG Entertainment dalam kenyataannya.
Menurut laporan media Korea Selatan, Lisa telah menolak dua tawaran daripada YG, dengan kontrak dilaporkan bernilai 50 bilion won (RM175.9 juta).
Ia menyusul laporan pada bulan Julai bahawa Lisa tidak dapat mencapai kata sepakat mengenai lanjutan kontrak dengan agensi itu.
Lisa juga dikatakan menerima pelbagai tawaran lumayan dari luar negara, termasuk negara asalnya, Thailand.
Blackpink memulakan kerjaya mereka bersama YG pada 2016. Kontrak tujuh tahun mereka tamat pada Ogos, tetapi agensi itu belum mengesahkan sebarang pembaharuan kontrak dengan mana-mana ahli.
#BLACKPINK #Lisa #Korea Selatan #sambung kontrak #YG Entertainment #K-pop
;