'Kami dalam proses bercerai' - Hana Azraa dedah rumah tangga berantakan

Gempak
Julai 9, 2019 20:01 MYT
Isteri peserta program Pencetus Ummah, Abu Sufyan (kanan), Hana Azraa mendedahkan perkahwinan mereka kini ibarat telur di hujung tanduk.
ISTERI peserta program Pencetus Ummah, Abu Sufyan, Hana Azraa mendedahkan perkahwinan mereka kini ibarat telur di hujung tanduk.
Jelasnya, mereka kini dalam proses untuk bercerai dan sudah tidak lagi tinggal sebumbung.
"Saya dan Abu kini dalam proses untuk bercerai. Kami dah tak tinggal sebumbung, dia di Kuala Lumpur manakala saya di Kedah," katanya kepada mStar.
Tambah Hana, atau pemilik nama sebenar Nurhannah Azra Mohd Zakir, dia enggan dikaitkan lagi dengan PU Abu dan mahu netizen memahami situasi sebenar mereka.
"Saya tak nak dikaitkan lagi dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya.
"Saya harap netizen tahu keadaan sebenar antara saya dan PU Abu. Tak nak mereka salah faham tentang kami.
"Walau bagaimanapun, saya tetap doakan kebahagiaan PU Abu dan Ain (bekas isteri perkahwinan pertama) serta anak mereka sampai ke syurga
"Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir dengan baik," tambahnya.
Sementara itu, PU Abu enggan mengulas mengenai situasi sebenar rumah tangga mereka.
"Saya dan dia masih suami isteri," jawab PU Abu.
Mengimbas semula, PU Abu dan bekas isterinya, Ain 'Afini mendapat perhatian netizen sejak April lalu dan Hana dikatakan menjadi punca perceraian mereka.
Konflik mereka selesai pada 16 Mei lalu apabila jatuhnya talak kedua antara PU Abu dan Ain.
PU Abu dan Ain dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun lalu.
#Abu Sufyan #Hana Azraa #Nurhannah Azra Mohd Zakir #perkahwinan retak #PU Abu dan Ain #tak tinggal sebumbung
;