Kamal Haasan positif COVID-19
Agensi
November 22, 2021 22:53 MYT
November 22, 2021 22:53 MYT
PELAKON dan penerbit filem Tamil, Kamal Haasan mengesahkan dirinya positif COVID-19 dalam kemas kini di Twitter, pada Isnin.
“Selepas saya pulang dari Amerika Syarikat (AS) saya mengalami gejala batuk ringan. Saya menjalankan ujian dan disahkan positif.
"Saya menjalani kuarantin di hospital. Saya harap semua dapat memahami yang wabak ini belum berakhir dan bertindaklah sewajarnya," tulisnya.
Pelakon berusia 67 tahun itu baru-baru ini ke AS untuk melancarkan jenama fesyennya, House of Khaddar.
Acara itu berlangsung minggu lepas di Chicago.
Sebaik tiba di India, Kamal kembali ke set penggambaran program Bigg Boss Tamil bagi mengacarakan episod hujung minggu.
Kamal dilaporkan telah pun melengkapkan vaksinasi COVID-19.