"Kalau tidak mahu dibaling kasut, tanyalah soalan ini kepada Kareena Kapoor" - Saif Ali Khan dedah perangai sebenar isteri

Gempak
Januari 15, 2018 08:34 MYT
Menurut laporan Pinkvilla, Saif Ali menasihati pihak media supaya berhati-hati jika ingin bertanyakan soalan sensitif kepada Kareena kerana risau perkara tidak diingini berlaku.
SUAMI kepada pelakon Kareena Kapoor, Saif Ali mendedahkan satu soalan yang paling dibenci isterinya jika ditemubual media.
Menurut laporan Pinkvilla, Saif Ali menasihati pihak media supaya berhati-hati jika ingin bertanyakan soalan sensitif kepada Kareena kerana risau perkara tidak diingini berlaku.
"Pernahkah kamu cuba tanya bilakah Karenena akan membuat kemunculan semula kepadanya? Mungkin dia akan melempar sesuatu kepada kamu, seperti kasut, mungkin.
"Kerana bagi Kareena, dia selalu ada dalam industri dan tak perlu membuat kemunculan semula," kata Saif.
Bagaimanapun media India tetap beranggapan projek terbaru Kareena bersama Sonam Kapoor, iaitu, Veere Di Wedding adalah kemunculan semula dia selepas lebih setahun tidak muncul menerusi filem.
Sumber: Pinkvilla
#Bollywood #filem #India #Kareena Kapoor #Media #Saif Ali #suami