Menerusi entri di Instagram, Aliff kecewa dengan tindakkan yang dilakukan oleh wanita tersebut selepas dia bersusah payah membesarkan Qayyum dengan penuh kasih sayang.
"Memang macam ini ek (ya) ambil anak angkat? Masa teruk menangis macam ini tak nak pulak ibu kandung nak ambil? Ini dah sihat nak ambil. Kalau tahu macam ini tak payah ambil lagi bagus. Jaga sahaja baik-baik dalam perut tu tak payah kasi orang.
"Niat hati isteri saya nak berkomunikasi sebab tidak hendak putuskan hubungan dengan keluarga Yom, tetapi jadi sebaliknya pula. Orang tak faham apa yang kami rasa bila perasaan sayang dah ada sebab jaga dari dalam perut lagi (mak Yom mengandung tujuh bulan kami dah jaga) dan dari lahir kami jaga dan yang pelik lahir sahaja Yom kena sawan nangis dan selalu nangis tak berhenti dan ada masalah pernafasan dan mata.
"Lebih dari RM5,000 kos rawatan kat hospital swasta, malah pembantu rumah khas saya bayar gaji untuk jaga bayi ini sahaja. Susu pun tak minum yang biasa ok. Minum susu soya, malah pembantu rumah saya sampai tidak tidur malam. Semua orang jaga dia dengan sakit mata hampir lima bulan baru hilang.
"Suntikan bulanan, sakit demam, kami sekeluarga jaga. Hari ni dapat mesej mak dia nak minta balik Qayyum sebab katanya dah mampu nak jaga. Kalau tahu hendak ambil tak payah kasi dari awal atau ambil masa tengah parah menangis dan mata macam ni.
"Sekarang dah sehat dan kurang nangis boleh berjalan nak ambil? Kalau korang jadi saya apa patut saya buat?," tulisnya.
Rata-rata berharap agar Aliff dapat berbincang dengan keluarga Qayyum dan menyelesaikan perkara ini dengan baik.