'Kalau shooting luar KL, saya bawa suami sekali.. saya tak nak menyesal' - Amyza Aznan
Gempak
November 27, 2019 08:20 MYT
November 27, 2019 08:20 MYT
PELAKON Amyza Aznan mengakui tidak kisah berkorban nyawa atau wang ringgit demi suami tercinta dan akan setia disamping lelaki tersebut sampai bila-bila.
Amyza ketika ditemui Gempak berkata, kesihatan suami, Khairil Izhar Mohd Nazir, juga masih belum pulih sepenuhnya namun semangat yang tinggi menyebabkan dia kelihatan ceria dan sihat.
“Keadaan suami saya orang nampak macam okay kan, tapi sebenarnya dia tak okay. Baru-baru ini dia ada mengadu badan sebelah kanan pula rasa kebas-kebas.
“Isteri mana tak risau? Saya nampak kuat tapi dalam hati hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Bila dia mengadu badan sebelah kanan kebas, saya cakap pada dia itu hanya mainan perasaan.
“Saya minta dia supaya tidak terlalu banyak berfikir dan susah hati kerana saya akan ada di sisi dia,” katanya.
Tambah Amyza dia tidak akan sekali-kali berkongsi aura kesedihan dengan suami, begitu juga dengan anak-anak.
“Sebagai isteri hati saya memang risau, gundah gulana tetapi saya tak boleh kongsi aura kesedihan itu dengan dia.
“Saya bersyukur dikurniakan tiga orang anak yang sangat memahami… Saya kerja tak tentu masa, keadaan ayah mereka pula macam tu (lumpuh).
“Tapi mereka sangaat-sangat memahami. Alhamdulillah,” ujarnya.
Dalam pada itu, Amyza memberitahu buat masa ini dia tidak mempunyai pembantu rumah untuk menjaga suami setiap kali keluar bekerja.
“Biar apa orang nak kata, hidup perlu diteruskan. Saya shooting macam biasa, cari rezeki untuk anak dan keluarga.
“Bila saya keluarga bekerja, suami anak-anak yang jaga. Kami saling menjaga antara satu sama lain.
“Tak apa, saya tak perlu pembantu rumah. Biar saya sendiri jaga suami, pantau keadaan dia dengan mata kepala saya sendiri.
“Saya kalau ada shooting di luar Kuala Lumpur (KL) saya akan bawa suami sekali. Macam mana pun dia kena ikut saya.
“Saya tak nak ralat, saya tak nak di kemudian hari if anything happens saya menyesal seumur hidup.
“Jadi tak mengapa, saya keluarkan belanja hotel, makan dan minum untuk dia..Tak apa, janji dia sentiasa di depan mata saya,” katanya.
Amyza berkata demikian ketika ditemui Gempak pada Majlis Pelancaran LeFest Mega Raya 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini.
Bermula 2016, LeFest Tour sudah menjelajah 20 lokasi negeri terutama di Sabah, Sarawak dan Brunei dan tahun keempat ini, 500 usahawan akan berkampung di PWTC sepanjang Ramadan.
LeFest Mega Raya akan berada di PWTC bermula 8-10 Mei 2020 pada jam 10 pagi hingga 4 pagi bertemakan Balik Kampung.
Pelbagai aktiviti menarik bakal disajikan kepada penonton termasuk 50,000 hadiah percuma, family bertuah raya, IFTAR bersama selebriti dan anak-anak yatim dan tahfiz, raya boxing hour, teka duit raya, bubur lambuk percuma, balik kampung percuma, mewarna raya, kuih raya 1 balang 1 ringgit dan banyak lagi.
#Amyza Aznan
#anak
#kesihatan
#Khairil Izhar Mohd Nazir
#LeFest Mega Raya
#LeFest Tour
#lumpuh
#pelakon
#pembantu rumah
#pengorbanan isteri
#rumah
#suami
#usahawan