'Kalau konsert artis luar penuh...' - Erma Fatima kesal program keagamaan tak dapat sambutan
Gempak
Februari 19, 2023 09:00 MYT
Februari 19, 2023 09:00 MYT
PENGARAH Erma Fatima kecewa kerana perjuangannya dalam menganjurkan program berbentuk Islamik dilihat tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.
Erma berkata, bukan mudah untuk menganjurkan program sedemikian apatah lagi yang berbayar.
"Sebab kita sudah terbiasa dengan yang 'free' (percuma). Aku pernah lalui ketika buat teater Sirah Junjungan di Istana Budaya.
"Sedih walaupun niat kita nak 'upgrade' (tingkatkan) kualiti majlis agama sama 'standard' dengan konsert-konsert biasa yang penuh panggung," tulisnya.
Erma berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Dalam perkongsian lain lagi, Erma berkata, dia pelik apabila orang ramai tidak mengeluh jika membeli tiket untuk menonton konsert membabitkan artis luar.
"Bila konsert artis luar penuh dapat sambutan kita 'complaint' sana sini. Tapi bila majlis ilmu macam ni tetap 'complaint.'
"Beli tiket majlis ilmu yang serendah RM35, apalah sangat kan?" tulisnya.
Bagaimanapun kata Erma, dia sangat menghargai kepada mereka yang sudah membeli tiket untuk program Islamik Cahaya Israk & Mikraj itu. -Gempak