'Kalau kayu pun, kayu golf sebab mahal' - Peminat puji hasil lakonan pertama Sufian Suhaimi
Gempak
Januari 28, 2019 14:00 MYT
Januari 28, 2019 14:00 MYT
PENYANYI Sufian Suhaimi akui berdebar menunggu kemunculan sulung dirinya dalam bidang lakonan menerusi telemovie, Bayang yang baru ditayangkan.
Menurut Sufian, dia takut dilabelkan sebagai pelakon kayu oleh penonton.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya.
"Terima kasih kepada semua yang menonton #Bayang semalam sampai trending!
"Berdebar sebenarnya nk tunggu kemunculan sulung saya dalam lakonan, takut orang nampak kayu yang berlakon.
"So kayu ke tak kayu?" tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Sufian memuji hasil lakonannya yang bersahaja serta tidak kekok.
Bayang merupakan drama khas yang diterbitkan bersempena Anugerah Juara Lagu 33 dan Sufian merupakan salah seorang finalis yang layak ke AJL33 dengan lagunya yang berjudul Di Matamu.
Selain Di Matamu yang merupakan ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen, pentas AJL33 turut membariskan 11 lagi finalis iaitu Sampai Bila (Misha Omar), Semakin (Siti Sarah), Tak Pernah Hilang (Amylea dan Kaer), Nisan Cinta (Siti Nordiana dan Jacklyn Victor), Hajat (Hael Husaini), Bunga (DeFam), Jatuh Bangun (Haqiem Rusli dan Aman RA), Haram (Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah), Kau Pun Sama (Syamel), Luluh (Khai Bahar) dan Bunga (Ara Johari).
AJL33 akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Februari ini.