PELAKON terkenal, Zul Ariffin mendedahkan ibunya merupakan individu yang menjadi pemangkin semangat buat dirinya untuk terus mengecap kejayaan sepanjang bergelar anak seni.
Menurut Zul, dia senang melihat ibunya gembira bila setiap kali dia muncul di kaca televisyen atau memenangi anugerah.
“Saya berkecimpung dalam dunia seni ini hanya untuk buat mak bangga dengan saya. Dia boleh tengok saya di kaca tv dan tonton filem saya di panggung wayang.
“Sepanjang kerjaya saya, saya hanya mahu pastikan dia tersenyum tengok saya. Bila saya keluar tv atau menang anugerah, dia pasti akan telefon saya.
"Setiap pagi juga begitu. Saya akan bergelak ketawa dengan dia,” katanya.
Bagaimanapun, Zul memberitahu, perasaan teruja untuk bergelar anak seni seakan hilang selepas ibunya meninggal dunia pada tahun 2017.
“Saya rasa tiada guna berlakon lagi. Siapa nak tengok? Ketika itu adalah kemuncak kerjaya saya. Tahun 2017, siapa sahaja yang tak kenal saya?
“Saya bertanya kepada diri, nak berlakon lagi ke? Mak aku bukan ada pun nak tengok. Nak berlakon filem lagi ke? Mak aku bukan ada lagi nak ikut road tour dan tiada lagi di kerusi pawagam.
“Kalau menang anugerah, siapa yang saya nak telefon di belakang pentas. Saya rasa seperti tiada guna,” ujarnya lagi.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem J-Revolusi itu menerusi satu sesi temu bual bersama stesen radio, Sinar FM.
Namun, Zul memaklumkan perasaan ‘kosong’ tersebut berubah selepas dia menyedari ramai golongan berusia seperti ibunya yang masih menyokong perjalanan seninya sehingga hari ini.
“Kemudian saya tersedar, bila saya lihat orang-orang di luar, ada ibu-ibu orang lain yang bangga dengan saya.
"Bukan sekadar peminat tapi saya juga terima penghargaan daripada golong-golongan berusia yang lain.
“Jadi, saya teruskan tanggungjawab kerjaya saya hanya untuk pastikan mereka ini gembira. Kita pun bukan hidup lama. Dapat gembirakan orang lain pun dah cukup baik,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Zul akui terkilan kerana tidak berkesempatan untuk membawa ibunya menunaikan umrah.
“Bila melibatkan keputusan-keputusan lain, perasaan saya biasa-biasa sahaja. Sebab saya fikir kalau terlalu merancang pun buat apa?
“Tahun 2017, saya rancang untuk bawa mak tunai umrah. Namun, 2017 juga mak meninggal.
"Kemudian saya terfikir nak pergi umrah dengan siapa dan untuk apa? Kalau aku kahwin, siapa nak datang?
“Nak berjaya sangat dalam kerjaya, mak tak akan tersenyum lagi. Nak ke mana-mana pun, mak tiada lagi. Itu kesan yang saya rasai. Saya rasa kosong.
“Seiring perjalanan waktu, saya tersedar bagaimana sayang kita pada mak kita dan sayang mak kita kepada kita, sayang lagi Allah dengan kita.
“Saya rasa tenang bila sampai ke Tanah Suci dan disebabkan saya tak dapat bawa ibu ke sana, saya berhajat untuk membawa sesiapa sahaja yang punyai keinginan untuk ke sana,” akhirinya. -Media Hiburan
Gempak
Sat May 20 2023
Zul Ariffin mendedahkan ibunya merupakan individu yang menjadi pemangkin semangat buat dirinya untuk terus mengecap kejayaan sepanjang bergelar anak seni. -Media Hiburan
AWANI Tonight: Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
A passenger plane flying from Azerbaijan to Russia has crashed near the city of Aktau in Kazakhstan with 62 passengers and five crew on board, leaving dozens dead.
AWANI Tonight: Top AI trends for businesses in 2025
Artificial intelligence, is transforming business efficiency and performance. Dickson Woo from IBM Malaysia highlights key AI trends to watch in 2025
AWANI 7:45 [25/12/2024] - Belum tahu ahli keluarga sudah tiada | Penganjur mohon maaf, bayar kompaun | Polis tingkat usaha buru | 42 terkorban tragedi pesawat terhempas
- Dua anak mangsa nahas Ayer Keroh belum tahu keluarga sudah tiada
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan
V. Thamaraj muncul atlet silat berbangsa India pertama negara menyumbang kepada kejayaan yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Kesesakan sempadan: Danok, Hatyai jadi tumpuan, SOP ICQS diperkemas
Jabatan Imigresen Malaysia memperkemas prosedur operasi standard di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam bagi memastikan kelancaran perjalanan rakyat Malaysia masuk ke Thailand.
AWANI Ringkas: Kemasukan ke universiti awam | Badminton
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Bahasa Melayu khazanah bangsa
Apakah cabaran DBP bagi pemantapan bahasa, sastera dan persuratan? Sejauh manakah pemeliharaan bahasa etnik dan sukuan terhadap perpaduan nasional? Ikuti diskusi mengenai usaha mengukuh dan mempertahan khazanah bahasa dan kearifan tempatan dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Perbezaan adat dan budaya tambah kemeriahan sambutan Krismas pasangan kahwin campur
Steven Sam berkata, yang paling bertuah adalah anak-anaknya kerana berpeluang meraikan Krismas dalam suasana yang lebih istimewa.
AWANI Ringkas: Pencarian MH370 | Harga minyak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Dua dekad tsunami | Aceh berdamai dengan bencana
Dua dekad selepas tragedi tsunami 2004, kisah komuniti Desa Weu Raya , Loknga menjadi bukti komuniti Aceh bangkit semula dengan semangat baharu dan berdaya tahan terhadap ancaman bencana pada masa akan datang.
Atas permintaan ramai, filem Don Dukun kini boleh ditonton di Astro First & Sooka
Pelanggan Astro kini boleh menikmati filem Don Dukun bersama keluarga beramai di rumah dan di mana dengan hanya harga RM16.20 manakala di Sooka RM19.50.
Don Dukun kutip RM2.1 juta selepas tiga hari tayangan!
Filem seram komedi Don Dukun berjaya meraih kutipan sebanyak RM2.1 juta selepas tiga hari tayangannya di pawagam.
Don Dukun kutip RM1 juta hari pertama tayangan
Filem Don Dukun membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan sebanyak RM1 juta selepas sehari ditayang.
MIFFest 2024: Zul Ariffin antara juri, penghargaan buat Hirokazu Kore-eda dan Christine Hakim
MIFFest mengumumkan barisan programnya untuk edisi ke-7 yang bakal berlangsung dari 21-28 Julai 2024.
Sheriff: 'Watak dia sebenarnya tak kelakar' - Syafiq Yusof dedah sisi lain Zul Ariffin
Syafiq juga menyenaraikan dua pelakon wanita yang paling dia suka bekerjasama iaitu Elizabeth Tan dan Azira Shafinaz.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Kumpul RM11.4 juta selepas 3 hari ditayangkan, Zul Ariffin kongsi cabaran shooting filem Sheriff
Kumpul RM11.4 Juta Selepas 3 Hari Ditayangkan, Zul Ariffin Kongsi Cabaran Shooting Filem Sheriff
Sheriff: Selepas tiga hari, filem arahan Syafiq Yusof raih RM11.4 juta
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti meraih kutipan sebanyak RM11.4 juta dalam tiga hari tayangan dengan satu hari tayangan awal.
Sheriff: Tayangan awal raih lebih RM1 juta
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff telah meraih kutipan melebihi RM1 juta pada tayangan awal pada 17 April di pawagam.
'Sheriff' karya paling jujur, janjikan kelainan sisi polis - Yusof Haslam
Yusof Haslam berkata keterbukaan PDRM dengan memberikan 'lampu hijau' dalam pembikinan filem arahan Shafiq Yusof itu telah melancarkan penghasilannya.