'Kalau ini tukang hantar, 10 kali order pun sanggup!' - Ramai teruja KJ berlakon jadi rider
Gempak
Oktober 26, 2023 12:00 MYT
Oktober 26, 2023 12:00 MYT
BEKAS Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ mencuri perhatian netizen selepas muncul dalam satu iklan untuk jenama produk makanan terkenal.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, KJ juga berkongsi iklan pendek yang menunjukkan karakter dirinya sebagai seorang penghantar makanan (rider).
Apa yang membuatkan netizen berasa teruja adalah, bekas menteri kesayangan ramai ini kelihatan tidak kekok malah lakonannya juga sangat bersahaja.
Malah, KJ juga turut menyelitkan aksi komedi dalam dialognya ketika berbual bersama orang kampung membuatkan netizen menyukainya.
Disebabkan bakatnya dalam bidang lakonan terserlah, netizen mula mengusiknya dengan memetik nama pelakon yang dikenali dengan jolokan hero Malaya iaitu Remy Ishak berkenaan dengan tawaran lakonan.
“Alamak cip! Hilanglah job Remy Ishak lepas ni.”
“Remy Ishak dah boleh duduk tepi dah lepas ni hahaha.”
“Pandai pula berlakon KJ ni, okay kita lock jadi pelakon please.”
Tidak cukup dengan itu, ada juga yang bergurau sanggup membeli produk makanan itu dengan jumlah yang banyak semata-mata mahu KJ hantar ke rumah mereka.
“Kalau delivery boy yang ni, order 10 kali pun sanggup.”
“Saya nak KJ yang hantar, kalau orang lain saya nak refund hahah.”
“Kalau KJ yang hantar memang setiap hari confirm kita order!”
Untuk info, sebelum ini KJ pernah terlibat dengan lakonan untuk satu video pendek mengenai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bersama aktres Vanidah Imran pada tahun 2018.
KJ juga turut terlibat dalam satu lagi filem pendek berjudul Inspektor Mastura dan memegang watak sebagai penjual ayam percik. -Gempak