'Kalau Haqiem berhenti, saya pun akan berhenti menyanyi' - As'ad Motawh

Gempak
Jun 19, 2018 07:34 MYT
Kenyataan As'ad itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk ada yang menyokong keputusannya. - Sumber foto IG @asadmotawh
PENYANYI muda As'ad Motawh ingin mengikut jejak langkah Haqiem Rusli sekiranya penyanyi itu bersara daripada dunia seni.
Memetik kenyataan As'ad di ruangan Twitternya, penyanyi lagu 'Senyum' itu meluahkan hasratnya susulan kenyataan yang dikeluarkan Haqiem baru-baru ini.
"Kalau Haqiem Rusli berhenti menyanyi saya juga akan ikut sama berhenti menyanyi juga," tulisnya.

If @HaqiemRusli stops singing i will stop singing as well.

— Asadmotawh (@Asadmotawhh) June 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I said IF Haqiem stops singing! “IF”

— Asadmotawh (@Asadmotawhh) June 19, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambah As'ad, dia mahukan pengikutnya menghargai dirinya kerana hasil kerja seni bukannya kerana rupanya.
"Saya mahukan peminat-peminat saya menghargai saya kerana seni bukan kerana rupa," tambah As'ad.

I want my supporters to appreciate me for my art not just my looks.

— Asadmotawh (@Asadmotawhh) June 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, kenyataan As'ad itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk ada yang menyokong keputusannya.
Penyanyi yang popular dengan lagu 'Tergantung Sepi', Haqiem Rusli tampil dengan pendedahan mengejutkan bahawa dia mengalami depresi sejak awal tahun.
Baca: "Saya Depresi" - Delete Semua Gambar IG, Haqiem Rusli Bakal Berhenti Menyanyi?
Haqiem memberitahu keputusannya untuk berhenti daripada dunia nyanyian akan dimaklumkan pada awal Julai nanti.
- Teks oleh Amri Hassan/Foto: @asadmotawh
#As'ad Motawh #Haqiem Rusli #karier #menyanyi #Twitter
;