'Kalau diberi makan dan minum, dia muntah' - Ezad Lazim masuk hospital lagi
Gempak
November 27, 2018 16:00 MYT
November 27, 2018 16:00 MYT
PENYANYI Ezad Lazim sekali lagi telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan akibat penyakit Gastroesophageal Reflux Disease (Gerd).
Menurut isterinya, Zeana Ramli memaklumkan bahawa keadaan Ezad semakin stabil selepas mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya namun bacaan paras gula dalam darahnya masih tinggi.
"Daripada apa diberitahu doktor, bacaan paras gulanya masih tinggi dan perlu dikawal.
"Kalau diberi makan dan minum, dia muntah. Satu masalah suami saya adalah, dia akan cepat panik bila keadaan ini berlaku dan itu menjadikan penyakitnya bertambah teruk.
"Dia jenis suka makan. Jadi, selepas ini, saya akan lebih tegas dalam memilih makanan yang sesuai untuknya.
“Selalunya, saya akan masak kerana saya tahu apa yang dia boleh dan tak boleh makan. Kalau makan di luar pun, saya akan pilih makanan yang sesuai," katanya.
Ezad menghidap kencing manis sejak sebelum berumah tangga manakala penyakit Gerd yang dihadapinya mula dikesan pada 2016.
Sumber: Harian Metro