"Kalau boleh nak simpan rambut panjang, tapi ....." - Janna Nick

Gempak
Januari 31, 2018 22:01 MYT
Menyusun jadual lakonan, pengacaraan dan nyanyian, Janna membahagikan masa dengan baik untuk mengembangkan kerjaya seninya.
PELAKON Janna Nick yang sering tampil dengan imej rambut pendek ala boy cut mahu menyimpan rambut panjang sempena tahun baru.
“Kalau boleh saya memang nak simpan rambut panjang sebagai penampilan baru untuk tahun 2018. Tetapi semuanya bergantung dengan karakter yang akan saya jayakan.
“Kalau saya mendapat karakter lasak yang memerlukan saya menggayakan rambut boy cut, saya akan tetap potong rambut,” kata Janna yang ditemui ketika majlis peragaan fesyen jenama Fatimah Mohsin sempena The Wedding KL 2018 baru-baru ini.
Menyusun jadual lakonan, pengacaraan dan nyanyian, Janna membahagikan masa dengan baik untuk mengembangkan kerjaya seninya.
“Alhamdulillah, cabang kerjaya yang saya ceburi semuanya berjalan dengan baik. Saya mahu mengimbanginya dan memberikan hasil kerja terbaik.
“Setakat ini, saya ada menerima beberapa tawaran lakonan drama bersiri termasuk di Singapura. Dalam bidang muzik, saya baru sahaja melancarkan single terbaru yang berjudul Akan Bercinta dan saya juga menjadi pengacara rancangan Melodi yang bersiaran setiap Ahad,” katanya lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Janna
#Fatimah Mohsin #Instagram #Janna Nick #Kuala Lumpur #My Coffee Prince #pelakon #penyanyi #Singapura
;