'Kalau aku ada kat sana, aku akan terus naik pentas' - Hasrat Tomok tolong Zamani

Sinar Harian
Oktober 31, 2018 11:19 MYT
Zamani tidak dapat membawakan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta dan menyebabkannya hampir tersingkir kerana tidak menerima apa-apa markah dari juri. - Gambar fail
PENYANYI Tomok meluahkan rasa sedih berkenaan keadaan penyanyi kegemarannya, Zamani yang mengalami masalah kesihatan ketika membuat persembahan di konsert Gegar Vaganza 5 (GV5) Ahad lalu.
Luahan itu dikongsi Tomok menerusi status di akaun Twitter miliknya.
Menurut Tomok, dia akan naik ke pentas untuk membantu Zamani menghabiskan nyanyiannya jika dia berada di konsert tersebut.
"Kalau aku ada kat sana, aku akan terus naik atas pentas. Tak boleh tengok idola aku rasa sedih, aku akan tolong dia," tulisnya.

kalau aku ada kat sana aku akan terus naik atas pentas..tak boleh tengok idola aku rasa sedih..aku akan tolong dia

— tomok (@TomokOfficial) October 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Zamani tidak dapat membawakan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta dan menyebabkannya hampir tersingkir kerana tidak menerima apa-apa markah dari juri.

cepat sembuh zamani..

— tomok (@TomokOfficial) October 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, Zamani mendapat imuniti dari penaja, Datuk Seri Aliff Syukri yang membuatkan dia terselamat dari penyingkiran pada konsert tersebut.
#Aliff Syukri #Astro Ria #Gegar Vaganza 5 #GV5 #kesihatan #konsert #media sosial #Tomok #Twitter #Zamani
;