'Kalau ada tawaran, saya terima' - Ebby Yus hilang pendapatan, akui rindu nak bekerja
Gempak
Oktober 30, 2024 16:19 MYT
Oktober 30, 2024 16:19 MYT
PELAKON dan pelawak terkenal Ebby Yus sentiasa terbuka menerima tawaran bekerja memandangkan bidang seni satu-satunya punca pencarian dirinya sehingga kini.
Ringkasan AI
- Walaupun menghadapi masalah kesihatan, Ebby Yus tetap ingin bekerja kerana bidang seni adalah satu-satunya sumber pendapatannya.
- Ebby perlu menjalani rawatan dialisis dan baru-baru ini menjalani pembedahan akibat komplikasi buah pinggang.
- Ebby merindui rakan-rakan artis dan berterima kasih kepada mereka yang telah membantunya serta mendoakannya.
Jelas Ebby, biarpun diuji dengan masalah kesihatan, dia akan cuba sedaya upaya untuk menunaikan tanggungjawab mencari rezeki dan menyara diri.
“Kalau tanya saya… memang saya nak kerja sebab tiada pendapatan lain. Tapi apakan daya...
"Saya memang tiada pendapatan lain, inilah (bidang seni) punca rezeki saya.
“Tapi buat masa ini saya kena duduk sahaja di rumah sebab nak buat dialisis.
“Kalau ada rezeki atau tawaran, saya terima dan saya akan buat yang termampu,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Ebby juga meluahkan rasa rindu untuk berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan di lokasi.
Namun, semua itu terpaksa dilupakan seketika apabila terpaksa menjalani rawatan susulan di hospital.
“Rindu. Saya rindu kawan-kawan artis… rindu nak bekerja dengan mereka,” katanya sayu.
Dalam pada itu, Ebby turut berterima kasih kepada semua yang sudi membantunya.
“Syukur ada rakan-rakan yang mengingati dan sudi bantu saya. Terima kasih sangat-sangat. Terima kasih juga pada mereka yang mendoakan saya,” katanya ringkas.
Ebby Yus sebelum ini dimasukkan ke hospital dan selamat menjalani pembedahan memasukkan tiub di bahagian perut akibat komplikasi buah pinggang pada awal Oktober lalu. -Gempak