Kalah Fattzura! Elfira Loy dan Faris bakal adakan lima kali majlis resepsi?
Gempak
Disember 31, 2018 20:36 MYT
Disember 31, 2018 20:36 MYT
PERKAHWINAN pasangan Elfira Loy dan Khairol Faris Anuar antara yang paling ditunggu-tunggu selepas mereka mengikat tali pertunangan pada September lalu.
Malah, pasangan itu juga kini rancak merencanakan hari bahagia yang dijangka bakal berlangsung pada awal Januari 2019.
Dalam pada kemeriahan orang ramai meraikan kedatangan tahun 2019, Gempak mendapat perkhabaran gembira tentang majlis resepsi pasangan Elfira dan Faris ini.
Difahamkan kedua-dua pasangan itu bakal melangsungkan lima resepsi sepanjang bulan Januari. Wow kan?
Selain nikah, majlis resepsi pasangan itu akan dilangsungkan pada setiap hujung minggu bermula minggu ini.
Malah, Gempak juga dimaklumkan Elfira telah memilih busana perkahwinan daripada beberapa pereka terkenal tempatan yang pernah berkerjasama dengannya sebelum ini.
Selain Rizman Ruzaini, beberapa pereka fesyen lain yang dimaksudkan pernah menghasilkan gaun perkahwinan selebriti tempatan terkenal sebelum ini seperti Anzalna Nasir, Sharnaaz Ahmad dan Stacy.
Jika benar seperti yang dimaklumkan, lima majlis resepsi Elfira dan Faris itu bakal mengalahkan resepsi pasangan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin.
Fazura dan Fattah pernah mengadakan dua kali resepsi selepas pernikahan mereka iaitu Februari 2018 (bertemakan Fairytale) dan Mac 2018 (bertemakan tradisional).
Semoga urusan majlis pernikahan Elfira dan Faris nanti dipermudahkan. Tahniah!