Kaki pelawak, penggiat seni dikir barat Kelantan terpaksa dipotong

Vivi Sumanti
Ogos 5, 2018 20:38 MYT
Kaki pelawak yang menggunakan dialek Kelantan sewaktu program Salam Pantai Timur, terpaksa dipotong dua minggu lalu, selepas penyakit diabetesnya merebak. - Foto Astro AWANI/Vivi Sumanti
Pelakon, pelawak dan penggiat seni dikir barat Kelantan, Mohd Idris Berahim, atau lebih dikenali sebagai Abang Jali Salam Pantai Timur, 58, kehilangan kaki kanannya akibat penyakit diabetes yang dihidapi sejak sekian lama.
Kaki pelawak yang menggunakan dialek Kelantan sewaktu program Salam Pantai Timur, terpaksa dipotong dua minggu lalu, selepas penyakit diabetesnya merebak.
Dia kini masih di rawat di Hospital Raja Perempuan Zainab Dua dan berada dalam keadaan stabil.
Siang tadi, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan menghulurkan sumbangan kaki palsu selepas melawat pelawak yang berasal dari Bachok itu di sini.
Kunjungan tersebut bertujuan memberikan semangat kepada Abang Jali supaya dapat menjalani kehidupan seperti insan lain walaupun kehilangan sebelah kakinya dari paras lutut.
Abang Jali dimasukkan ke hospital bulan lalu untuk mendapatkan rawatan penyakitnya namun dua minggu lalu, doktor yang merawatnya memaklumkan kaki kanannya gagal diselamatkan dan terpaksa dipotong.
#Abang Jali #Ahmad Jazlan #Bachok #diabetes #Kelantan #Mohd Idris Berahim #Pantai Timur #potong kaki #Salam Pantai Timur
;