Kakak Neelofa, Noor Nabila kongsi kata-kata semangat
Asyraf Roslan
Mac 20, 2019 18:45 MYT
Mac 20, 2019 18:45 MYT
Status rumah tangga kakak kepada pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor dan suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad terus menimbulkan tanda tanya ramai.
Meskipun belum ada kepastian dari empunya diri, Nabila, 33, telah menerima beberapa kiriman mesej yang memberinya kata-kata semangat dan bertabah.
Nabila berkongsi beberapa "screenshot" perbualannya di WhatsApps namun tidak mendedahkan nama individu tersebut.
Melalui perbualan tersebut, Individu tersebut mendoakan Nabila agar kuat dalam menempuh dugaan yang dihadapinya sekarang.
Astro AWANI juga cuba untuk mendapatkan pelakon Sharnaaz, 33, namun pelakon itu enggan memberi sebarang komen berhubung isu tersebut.
Sebelum ini desas-desus keretakan rumah tangga Nabila dan Sharnaaz mula diperkatakan ramai apabila beberapa kali berkongsi status sedih di media sosial.
Menghangatkan lagi situasi itu apabila mereka berdua tidak lagi mengikuti antara satu sama lain di laman Instagram.
Nabila dan Sharnaaz berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Jebat Jayden.