"Kak Aza seorang ibu yang kuat, tapi..." - Aiman Tino sebak
Gempak
Februari 9, 2019 17:27 MYT
Februari 9, 2019 17:27 MYT
PENYANYI Aiman Tino bersyukur apabila hajatnya tercapai untuk melawat peminatnya yang menghidap penyakit kanser payudara tahap empat.
Menerusi entri di Instagram (IG), Aiman berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan peminatnya yang dikenali sebagai Kak Aza semoga cepat sembuh.
"Alhamdulillah. Tercapai hajat hari ini untuk menziarah Salah seorang yang Aiman dah kenal 2 tahun.
"Seorang ibu yang kuat, yang selalu cuba memenuhi permintaan anaknya untuk datang event-event Aiman dulu.
"Tapi sekarang dia mengidap kanser payudara stage 4. Minta jasa baik yang baca, dapat mendoakan semoga Kak Aza kembali sembuh seperti dulu.
"Sama-sama kita doakan okay. Terima Kasih," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata memuji sikap prihatin yang ditunjukkan oleh Aiman dan mereka turut mendoakan agar Kak Aza kembali sihat serta sembuh daripada penyakit yang dihadapinya itu.