Kajol enggan beri komen mengenai filem Padmavati
Agensi
November 30, 2017 21:30 MYT
November 30, 2017 21:30 MYT
PELAKON Bollywood, Kajol, mengambil langkah lebih diplomatik dan enggan memberi komen mengenai filem kontroversi Padmavati.
Kajol tidak memberi sebarang komen ketika diasak dengan soalan mengenai Sanjay Leela Bhansali dan ekspresi kreatif dalam industri filem dalam sebuah majlis.
''Sebagai seorang pelakon mereka harus bebas berlakon dalam filem pilihan mereka,'' ulasnya ringkas.
Tambahnya, masyarakat kini lebih menerima kepelbagaian dalam industri filem dan ini memberi pelakon kebebasan untuk mencuba watak yang berbeza.
Kajol, terkenal dengan lakonannya dalam ‘Kuch Kuch Hota Hai’, ‘Kabie Kushi Kabie Gham’, Dilwale, Dilwale Dulhania Le Jayenge dan pelbagai filem yang lain juga terkenal sebagai seorang aktres yang terbuka memberi pandangannya dalam pelbagai isu.
#aktres
#Bollywood
#Dilwale
#filem
#Filem baharu
#Hidustan
#Kajol
#kontroversi
#Padmavati
#Sanjay Leela Bhansali