Kahwin? Dah confirm baru Tasha beritahu...

Gempak
Februari 11, 2019 12:00 MYT
TASHA SHILA akan lebih-lebih berhati bercakap soal jodoh dan masa depan.
PELAKON cantik dan kontroversi, Tasha Shilla nampaknya mengambil pendekatan berhati-hati untuk berbicara soal jodoh dan teman lelaki.
Mengakui yang hatinya masih belum dimiliki, pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Gemilang ini mengakui, dia banyak belajar daripada kesilapan lalu.
"Sejujurnya, saya banyak belajar dari kesilapan lalu. Kalau dulu saya terbuka untuk berbincang mengenai soal hati dan perasaan, kini saya mahu menyimpannya sebagai sesuatu yang peribadi.
"Saya banyak mengambil iktibar dari apa yang terjadi dahulu dan tidak mahu tergesa-gesa. Memori lalu mematangkan saya dan saya tak pernah menyesal dengan apa yang berlaku dahulu," kata Tasha optimis.
#kontroversi #pelakon #Tasha Shila
;