Kahwin 3 Februari depan, Taeyang dan Min Hyo Rin belum rancang bulan madu
Gempak
Januari 5, 2018 11:22 MYT
Januari 5, 2018 11:22 MYT
Anggota kumpulan BIGBANG, Taeyang dan aktres Min Hyo Rin dilaporkan bakal berkahwin pada 3 Februari depan.
Berita tersebut diumumkan oleh agenda pasangan ini iaitu YG Entertainment (YGE) dan Plum Entertainment menerusi satu kenyataan rasmi hari ini.
Menurut YGE, perkahwinan Taeyang dan Hyo Rin akan berlangsung secara tertutup dan dihadiri oleh keluarga dan teman rapat sahaja.
“Taeyang dan Hyo Rin telah menetapkan tarikh perkahwinan mereka pada Sabtu, 3 Februari depan. Majlis tersebut akan berlangsung di sebuah gereja yang sering dikunjungi oleh mereka dan keluarga.
“Majlis perkahwinan dan juga resepsi pasangan ini akan berlangsung di Paradise City Hotel & Resort di Incheon secara tertutup dan kami harap anda memahami situsasi mereka,” kata wakil berkenaan.
Bagaimanapun disebabkan jadual kerja mereka, Taeyang dan Hyo Rin belum mempunyai perancangan untuk berbulan madu selepas berkahwin nanti.
Hubungan cinta pasangan ini mula diketahui umum sejak 2015. Taeyang dan Min Hyo Rin mula bercinta selepas bertemu pada 2014 ketika menjalani rakaman video muzik Taeyang berjudul '1AM'
Foto: Instagram @_youngbae_ /Google
Sumber: Soompi / Allkpop
#1AM
#BIGBANG
#Instagram
#Min Hyo Rin
#Paradise City Hotel & Resort
#Plum Entertainment
#Taeyang
#YG Entertainment