Kad kahwin Ummi Nazeera dan Dr Izzar bayangkan majlis Wedding Of The Year!

Gempak
Julai 26, 2017 07:29 MYT
Ummi dan Mohd Izzar bakal disatukan sebagai suami isteri pada 3 Ogos depan dalam sebuah majlis tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.
Tinggal satu minggu lagi pelakon Ummi Nazeera bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Dr. Izzar dan semestinya sedang berdebar menanti detik bersejarah tersebut.
Di kesempatan ini Astro Gempak ingin mengucapkan terima kasih kepada Ummi atas tanda ingatan dan menitip kad jemputan perkahwinan ke meja kami.
Cantik sungguh kad undangan perkahwinan Ummi. Kad bersaiz A4 itu mempunyai reka bentuk yang eksklusif berwarna perak dan putih disertai corak bunga mawar dari rona sama.
Melihatkan pada kad jemputannya, kami di Astro Gempak dapat membayangkan majlis perkahwinan Ummi dan Dr. Izzar nanti pasti ‘hebat’!
Apatah lagi, kita semua tahu persalinan untuk malam berinai pun diimport khas dari India malah busana pengantin Ummi juga direka oleh pereka hebat!
Ada juga yang kata perkahwinan Ummi dan Dr. Izzar bakal menjadi ‘Wedding of The Year’, mengulang detik bersejarah dicipta pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin.
Khabarnya, Ummi dan Dr. Izzar juga telah merancang untuk berbulan madu ke dua buah lokasi iaitu di dalam dan luar negara.
Ummi telah memilih Sabah dan Switzerland dan akan menikmati bulan madu mereka selepas selesai majlis respesi ketiga yang akan berlangsung di Dewan Banquet FELDA pada 12 Ogos.
Ummi dan Mohd Izzar bakal disatukan sebagai suami isteri pada 3 Ogos depan dalam sebuah majlis tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.
Manakala kenduri di sebelah pihak pengantin perempuan akan diadakan dua kali iaitu pada 5 Ogos dan 12 Ogos 2017.
Ummi, 27, dan Dr Izzar, 30, bertunang dalam sebuah majlis tertutup di kediaman keluarganya pada 11 Disember tahun lalu.
#Dr Izzar #kad jemputan #perkahwinan #Rozita Che Wan #Ummi Nazeera #Zain Saidin
;