Kacak & jelita! Ini 6 ahli politik muda yang mencairkan hati rakyat Malaysia
Gempak
Mei 8, 2018 14:36 MYT
Mei 8, 2018 14:36 MYT
BERWIBAWA! Ketokohan itu yang mampu menjadikan pesona seseorang itu diangkat sebagai pemimpin masyarakat.
Tidak kira usia atau latar belakang parti, tidak mudah sebenarnya untuk mengemudi sesebuah jentera masyarakat dalam era yang semakin mencabar kini.
Kami beralih fokus pada generasi muda yang turut rancak berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) esok.
Jadi, kami senaraikan beberapa ahli politik muda yang bakal meneraju pimpinan negara masa hadapan, tanpa mengambil kira parti politik yang diwakili. Paling penting, mereka juga telah mencairkan hati rakyat Malaysia!
1. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan Ketua Armada bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang dicalonkan mewakili kerusi Parlimen Muar untuk PRU14.
Bekas Juara Debat Asia dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini mempunyai ijazah undang-undang dan terkenal bukan sahaja kerana penglibatan politik dari usia muda tetapi kerana personalitinya.
Selalu mengajak ahli politik lain berdebat, beliau yang baru berusia 26 tahun ini pernah menjadi tajuk berita kerana menolak tawaran pendidikan Universiti Oxford demi meneruskan penglibatan dalam bidang politik.
2. Shahril Hamdan
Shahril merupakan exco Pemuda Umno Malaysia yang pernah terlibat dalam sektor minyak dan gas.
Graduan University of Manchester & London School of Economics ini berdarah kacukan Melayu sebelah ayah dan Cina sebelah ibu.
Sudah mendirikan rumah tangga dan bakal menimang cahaya mata pertama pada Julai ini.
Kini dicalonkan mewakili BN bagi kerusi Kuala Langat, Shahril juga merupakan ahli Parlimen Belia Malaysia sekitar 2014 hingga 2016.
3. Fahmi Fadzil
Fahmi akui tak menyesal tinggalkan pekerjaannya sebagai seorang jurutera kimia di sebuah syarikat Jepun.
Tetapi bukan kerana politik tetapi kerana mahu menceburi bidang teater dan menyertai politik ketika meneroka tema keadilan dan pembaharuan melalui persembahan dan puisi demonstrasi politik.
Artis harapan Anugerah Seni Boh Cameron 2006, berpendidikan dalam bidang kejuruteraan kimia dari Amerika Syarikat pada 2001.
Fahmi, 36, berkempen untuk PKR di Lembah Pantai sejak 1999 apabila parti itu masih dikenali dengan nama “Parti Keadilan Nasional”.
Menyertai PKR sebagai setiausaha politik Nurul Izzah dan ketua penerangan cawangan Lembah Pantai pada 2010.
4. Jo-Anna Sue Henley Rampas
Bukan nama asing bagi pengundi di Kiulu mewakili Parti Warisan Sabah.
Bekas ratu cantik berusia 29 tahun ini merupakan graduan dari University of London dalam jurusan undang-undang.
Jo-Anna bukan hanya cantik dan pintar malah beliau pernah memenangi naib johan Bintang RTM 2009.
Beliau yang berdarah kacukan British-Dusun petah bertutur dalam bahasa tempatan.
Darah politik yang mengalir dalam dirinya bermula dari datuknya yang merupakan ketua suku kaum di Kiulu yang juga merupakan salah seorang peneroka yang memajukan Kiulu.
Selain itu, ibunya sendiri merupakan calon parti AKAR pada tahun 1994. Bapa saudaranya, Datuk Louis Rampas juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu dari tahun 1999-2013.
5. Young Syefura Othman
Calon kerusi PKR, Dun Ketari, Young Syefura Othman, 29 atau Rara yang bertanding dalam PRU14 mencuri tumpuan masyarakat dengan rupa paras yang menawan dan penampilan bertudung.
Menurut satu laporan dari Sos Cili, sebelum menyertai politik, Rara sendiri cukup terkenal dan mempunyai kira-kira 5,000 pengikut di Instagram dan 7,000 di Twitter.
Rara mula menjadi bualan hangat berikutan keputusannya untuk menjadi ahli seumur hidup parti DAP pada tahun 2013.
Orang ramai memberikan pelbagai reaksi terhadap wanita muda yang tampil dengan imej bertudung itu mengenai keputusannya memilih DAP, parti yang lebih sinomim dengan kaum Cina.
Anak jati kelahiran Setiawan, Perak ini pelajar lulusan diploma dalam bidang kejururawatan.
Antara isu yang diperjuangkan oleh Rara dalam arena politik adalah lebih kepada isu gelandangan dan ibu tunggal.
6. Dyana Sofya Mohd Daud
Dyana, 31, berasal dari Ipoh. Ibunya pernah menjawat Setiausaha Bahagian Wanita UMNO yang pertama di Malaysia.
Wanita cantik ini merupakan seorang peguam Malaysia dan setiausaha politik kepada Ahli Parlimen dan bekas pemimpin.
Dyana memperoleh ijazah sarjana muda dalam undang undang dari UiTM.
Dyana baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila disahkan bertunang dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Free Malaysia Today, Says, Hangat, The Vocket, Pepatung
Foto: Instagram, Carian Google
#Dyana Sofya
#Dyana Sofya Mohd Daud
#Fahmi Fadzil
#Jo-Anna Sue Henley Rampas
#Nurul Izzah
#pilihan raya umum
#PPBM
#PRU14
#Shahril Hamdan
#Syed Saddiq
#UMNO
#Young Syefura Othman