Kabir Bhatia tidak khuatir penerimaan 'Sembunyi'

Astro Awani
Mac 17, 2013 12:37 MYT
Berdepan pelbagai syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), filem Sembunyi: Amukan Azazil akhirnya diluluskan tayangan.
Sebagai pengarah Kabir Bathia tetap berpuas hati walaupun beberapa babak penting ditapis LPF.
Filem bergenre seram itu juga terpaksa ditukar tajuk atas sebab-sebab yang tidak dapat dinyatakan.
Namun Kabir merasakan tapisan oleh LPF membolehkan filem itu dapat ditonton oleh segenap masyarakat.
Mempunyai penceritaan yang berbeza berbanding filem seram sedia ada Kabir tidak khuatir sekiranya penonton masih belum bersedia untuk menghargai filemnya.
Dibintangi Remy Ishak, Diana Danielle dan Umie Aida filem ini mengisahkan seorang wanita yang sesat di sebuah kampung yang penuh misteri.
Filem Sembunyi:Amukan Azazil memulakan tayangan di pawagam tempatan pada 28 Mac.
#Kabir Bhatia #Lembaga Penapisan Filem (LPF) #Sembunyi: Amukan Azazil
;