K-pop: V akhirnya bersuara 'diamkan' gosip dari peminat fanatik

Nickyson Nyambar
Oktober 17, 2021 18:24 MYT
Industri hiburan Korea Selatan hangat dengan khabar angin bahawa anggota BTS, V sedang bercinta dengan anak perempuan Phillip Chun dan isteri Choi Yoon-jung yang merupakan kepada ahli lembaga tertinggi syarikat konglomerat, Paradise Group. - Foto fai
KETIKA kebanyakan artis dan selebriti mengambil langkah untuk berdiam diri dan menanti pihak pengurusan mengendalikan khabar angin yang berkait dengan diri mereka, berbeza pula buat figura sensasi dari kumpulan BTS ini.
Kim Taehyung atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, V mengambil langkah untuk bersuara secara lantang dan terbuka menafikan gosip yang tidak benar mengenai dirinya.
Selepas berminggu-minggu tidak aktif di media sosial, V tampil menyuarakan kekesalannya mengenai gosip yang mengatakan dia sedang menjalinkan hubungan peribadi dengan anak kepada taikun yang memiliki rangkaian hotel dan resort terkemuka di Korea Selatan, Paradise Group.
"Bukan itu sahaja, V atau Taehyung turut bersuara bagi pihak keluarga yang terlibat dalam dakwaan tidak benar itu yang mana mereka menjadi mangsa kepada gangguan berniat jahat dari golongan sasaeng atau peminat fanatik," memetik laporan allkpop.
Tindakannya itu mendapat pujian ramai kerana disifatkan sebagai berterus terang dan 'real', tidak ubah dengan persona realitinya.
Malah, ia mendorong peminat menyumbang derma dalam Speak Up, iaitu sebuah organisasi kebajikan diinspirasikan dari keberanian V yang menggalakkan sifat jujur dan keterbukaan dalam kalangan masyarakat.
"ARMY (kumpulan peminat BTS) memuji tindakan Taehyung kerana lari dari acuan yang kebanyakannya tidak dilakukan oleh artis-artis lain, terutamanya dalam isu khabar angin," kata portal Kpop itu lagi.

Today's donation is not a coincidence. @SpeakUp_org works so teenagers will have the courage to be themselves, speak up, be willing to ask for help, and strengthen their network of support. # #KimTaehyung # #BTSV @BTS_twt pic.twitter.com/3QZcmSEJVv

— Kindness4Tae (@Kindness4Tae) October 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I was patiently waiting for this DAY For an idol to speak up for himself AS HE SHOULD WE LOVE YOU KIM TAEHYUNG pic.twitter.com/zj6HksHDyE

— iRaM (@jinagaWithBts) October 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

and i dont want to see any narrative calling tae rude lmao. people stalk him, leak his private schedule and use his name for clout so his reaction isnt even near the level of disrespect theyve shown towards him

— lau (@jvnggkuk) October 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Honestly mad respect to kim taehyung,the realest idol ever.Hes a sweet person but also has his fierce side.Always stand up for himself, upfront and never sugarcoat. He takes no bs,hes the bravest soldier. Thats so admirable,love that for him. Hes insane! KIM TAEHYUNG LEGEND

— Taehyung's squad ¹¹ (@Taehyungimpact) October 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Industri hiburan Korea Selatan hangat dengan khabar angin bahawa anggota BTS, V sedang bercinta dengan anak perempuan Phillip Chun dan isteri Choi Yoon-jung yang merupakan kepada ahli lembaga tertinggi syarikat konglomerat, Paradise Group.
Ini selepas kelibat V sering dilihat bersama keluarga hartawan itu di majlis-majlis ataupun acara-acara yang dianjurkan oleh syarikat Paradise Group.
Sebelum itu, syarikat hiburan HYBE secara rasminya menidakkan khabar angin berkaitan perkara tersebut.
"V dan keluarga Choi Yoon-jung hanyalah kenalan," kata HYBE dalam kenyatannya.
#BTS #Kim Taehyung #Paradise Group #K-pop #gosip #media sosial #saesangs
;