K-Pop: Bukan senang nak cari 'soulmate' - Nana After School
Gempak
November 17, 2017 10:43 MYT
November 17, 2017 10:43 MYT
PELAKON dan anggota kumpulan K-Pop After School, Nana akui masih solo kerana sukar mencari pasangan yang baik.
“Ya, saya masih belum mempunyai teman lelaki buat masa sekarang kerana saya rasa agar sukar untuk bertemu lelaki yang baik.
“Tetapi tidak mengapa, walaupun saya masih ‘single’, saya tetap akan cuba yang terbaik untuk menghadiri temu janji sehingga bertemu dengan jejaka pilihan.
“Siapa yang tidak mahu bercinta, cuma untuk mencari pasangan ‘soulmate’ buat diri sendiri bukanlah satu perkara yang mudah.
“Andai kata saya dah ada kekasih, saya tidak akan lepaskannya dan akan mencintainya sepenuh hati,” katanya.
Nana berkata demikian ketika sesi temu bual bersama OSEN baru-baru ini.
Dalam perkembangan terbaru, Nana akan muncul dengan filem pertamanya bertajuk ‘The Swindlers’ yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 22 November ini.
Sumber: Soompi/Allkpop