Justin Timberlake ditahan memandu dalam keadaan mabuk di New York
Agensi
Jun 18, 2024 23:04 MYT
Jun 18, 2024 23:04 MYT
ARTIS popular Amerika Syarikat (AS) Justin Timberlake ditahan atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk pada hari Selasa di New York, lapor CBS News yang memetik polis tempatan.
Timberlake dihadapkan ke mahkamah pada Selasa atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol.
Memetik Reuters, polis di Sag Harbor, New York, bagaimanapun enggan mengulas mengenai tangkapan itu.
Timberlake telah ditahan selepas dia meninggalkan makan malam di American Hotel.
Timberlake dalam rangka menjayakan dua buah konsert yang dijadualkan di Chicago hujung minggu ini dan dua pertunjukan di New York City minggu depan, menurut laman webnya.
Pengurus dan wakil Timberlake tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung tangkapan itu.