Justin Bieber tumbuk muka peminat yang mengejarnya

Gempak
November 24, 2016 08:23 MYT
Menurut laporan People, tindakan spontan Bieber itu telah menyebabkan bibir peminat lelaki itu luka dan berdarah.
PENYANYI terkenal antarabangsa, Justin Bieber dilaporkan telah menumbuk wajah salah seorang peminat yang mengejar keretanya ketika mengadakan konsert jelajah di Barcelona, Sepanyol pada Selasa.
Menurut laporan People, tindakan spontan Bieber, 22, itu telah menyebabkan bibir peminat lelaki itu luka dan berdarah.
Insiden itu bagaimanapun telah dapat dirakam oleh portal TMZ.
Dalam video itu menunjukkan Bieber yang baru tiba menaiki kereta dengan tingkap terbuka telah dikerumuni sekumpulan peminat.
Sehingga kini, Bieber belum memberikan sebarang komen mengenai kejadian dan tindakan tersebut.
#Justin Bieber #konsert jelajah #tumbuk peminat
;