Justin Bieber tanggal seluar di tapak suci di Mexico

Syafique Shuib
Januari 9, 2016 20:51 MYT
Penyanyi pop terkenal Justin Bieber dihalau dari sebuah tapak arkeologi Mayan di Mexico setelah berkelakuan tidak senonoh.
Penyanyi pop terkenal Justin Bieber dihalau dari sebuah tapak arkeologi Mayan di Mexico setelah berkelakuan tidak senonoh.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu terbaru berjudul, 'Sorry' itu dan rakan-rakannya memanjat tapak yang dianggap suci sebelum menanggalkan seluar untuk rakam selfie pada Khamis.
Lapor ETOnline.com, perkara ini disahkan oleh Pengarah Institut Antropologi dan Sejarah (INAH) Mexico, Adriana Velazquez-Morlet.
“Saya boleh mengesahkan Bieber dihalau kelaur dari tapak arkeologi di Tulum. Beliau dan rakan-rakan menanggalkan seluar dan menghina kakitangan kami,” kata Velazquez-Morlet
Tambahnya, pelawat sama sekali dilarang memanjat tapak berkenaan kerana tapak yang dibina pada abad ke-13 tidak stabil.
"Kami mempunyai polisi yang ketat berkenaan warisan budaya Mexico untuk semua pelawat kami, sama ada mereka terkenal atau tidak,” kata Velazquez-Morlet.
Sementara itu, Bieber tidak tweet tentang kejadian berkenaan namun kongsi gambar percutian bersama Hailey Baldwin yang dilaporkan teman wanitanya di Instagram.
#Justin Bieber #Mexico
;