Justin Bieber, isteri umum kelahiran anak lelaki

Astro Awani
Ogos 24, 2024 12:52 MYT
Justin Bieber dan isteri, Hailey timang cahaya mata lelaki yang diberi nama Jack Blues Bieber. - Gambar Instagram
PENYANYI terkenal antarabangsa, Justin Bieber dan isteri, Hailey mengumumkan kelahiran cahaya pertama mereka yang dikongsi pasangan itu di akaun Instagram.
Justin dan Hailey dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Jack Blues Bieber.
Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut berkenaan kelahiran berkenaan.
Pada 9 Mei lalu, Justin dan Hailey berkongsi berita kehamilan mereka di Instagram dengan video berinspirasikan filem bersama pembaharuan ikrar perkahwinan mereka.
Penghibur yang juga pemenang anugerah Grammy dan pengasas Rhode sememangnya sangat teruja untuk memulakan keluarga sejak mereka mengikat tali pertunangan pada 2018.
#Justin Bieber #Hailey Bieber #Justin Bieber dapat anak #Jack Blues Bieber