Justin bieber ditahan polis lagi

Astro Awani
September 2, 2014 16:38 MYT
Sebelum ini, pada Jun, Justin Bieber terlibat dalam satu kemalangan di Beverly Hills, California. - Foto Fail
Justin Bieber sekali lagi ditahan kali ini atas kesalahan memandu secara merbahaya serta menyerang orang awam selepas terbabit dalam satu kemalangan, lapor CNN.
Pergaduhan berpunca apabila kereta Bieber bertembung dengan sebuah mini van di Kanada pada Jumaat, kata jurucakap polis kepada CNN.
Insiden didakwa berlaku di jalan Perth County, Ontario, iaitu daerah di mana Bieber, 20 dibesarkan.
"Siasatan mendapati selepas kemalangan berlaku, Bieber dan pemandu van mini itu terlibat dalam perbalahan fizikal," kata seorang Pegawai Polis, Kees Wijnands.
Namun begitu, jurucakap Bieber enggan mengulas kejadian berkenaan.
#CNN #Justin Bieber #kemalangan