Justin Bieber batal sesi berjumpa peminat kerana tekanan emosi
Kohilah Sekaran
Mac 24, 2016 12:01 MYT
Mac 24, 2016 12:01 MYT
PENYANYI antarabangsa, Justin Bieber membatalkan kesemua sesi perjumpaan dengan peminat yang dianjurkan untuk konsert jelajahnya, Purpose.
Menerusi laman Instagram, penyanyi pop itu mengumumkan keputusannya untuk membatalkan sesi bertemu dengan peminatnya atas alasan tekanan emosi yang dialami.
“Saya terpaksa membatalkan sesi perjumpaan dengan peminat.
“Saya seronok dapat bertemu mereka, tetapi saya akhirnya menjadi lesu dan dipenuhi dengan tenaga orang lain yang membuatkan saya berasa tidak gembira.
"Terlalu banyak yang saya tanggung sekarang dan tidak mahu mengecewakan peminat kerana situasi saya sekarang," tulis Justin di akaun Instagramnya.
Susulan pengumuman itu, rata-rata peminat menzahirkan rasa kecewa mereka terhadap keputusan Justin di media sosial
Difahamkan, peminat membeli tiket khas itu pada harga AS$2,000 (RM8,000) semata-mata untuk bertemu dengan penyanyi berusia 22 tahun itu.