Jungkook catat sejarah peribadi, artis K-Pop pertama dengan dua lagu di carta Billboard
Agensi
Mac 12, 2021 22:36 MYT
Mac 12, 2021 22:36 MYT
KETIKA BTS menanti untuk menempa sejarah dalam Anugerah Grammy yang akan datang, salah seorang anggotanya Jungkook, telah menambah koleksi sejarah peribadinya.
Dia menjadi bintang K-Pop pertama yang memiliki dua buah lagu solo dalam carta Billboard's World Digital Song Sales selama setahun, menerusi 'Euphoria' dan 'My Time'.
ARMY membanjiri media sosial untuk mengucapkan tahniah kepada Jungkook atas kejayaan besar ini.
Isnin ini, kumpulan itu mungkin akan membawa pulang Anugerah Grammy pertama mereka menerusi single ‘Dynamite’.
Lagu berkenaan yang merupakan single Inggeris pertama mereka, sudah mencatat lebih 900 juta tontonan di YouTube.
BTS bintang K-Pop pertama yang tercalon dalam Grammy.
"Sangat sukar untuk dinyatakan dengan kata-kata. Kami masih tidak percaya kami dicalonkan, dan akan membuat persembahan.
"Ini satu penghormatan," kata Jimin.
#BTS
#billboard
#YouTube
#Jungkook
#Anugerah Grammy
#Billboard's World Digital Song Sales
#Euphoria
#My Time