Julia Perez meninggal dunia
Astro Awani
Jun 10, 2017 14:23 MYT
Jun 10, 2017 14:23 MYT
Pelakon dan penyanyi dangdut Julia Perez, 37, atau lebih dikenali sebagai Jupe meninggal dunia di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo Jakarta, Indonesia pada Sabtu.
Perkara tersebut disahkan pengurusnya, Mario Markoneng ketika dihubungi media Kompas.com.
"Iya, (beliau) benar meninggal," katanya kepada media tersebut.
Julia atau nama sebenarnya Yuli Rachmawati sebelum ini dilaporkan menghidap barah serviks sejak tiga tahun lalu.
Julia yang pernah muncul dalam filem "Suami-Suami Takut Istri" pernah memberitahu yang gejala awal penyakitnya itu sudah dirasakan ketika di satu acara di Bali.
Ketika itu, Julia mengalami pendarahan yang pada mulanya disangkakan normal akibat keletihan. Namun masalah pendarahannya itu berulang dalam tempoh lebih tujuh bulan.