Jue Aziz kesal artis menjadi sasaran netizen lepas kepuasan nafsu

Gempak
Disember 11, 2018 15:28 MYT
Jue menasihatikan netizen agar menghormati golongan artis, jangan hanya mencerca dan menghina mereka.
PELAKON Jue Aziz kecewa dengan kecenderungan segelintir netizen yang sering meninggalkan komen negatif di laman media sosial golongan selebriti.
Apa yang turut dikesalkan Jue ialah golongan selebriti juga tidak ketinggalan dihujani dengan layanan berbaur lucah daripada orang ramai yang berkunjung ke laman sosial mereka.
Dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman Instagramnya, Jue menasihatkan netizen agar menghormati golongan artis dengan memberikan mereka ruang untuk tidak dipandang hina oleh masyarakat.
"Peringatan! Tolong hormat ruangan kami (celebrity) dengan kata-kata membina bukan dengan kata-kata hina #kotor #lucah.
"Kami juga ada hati dan perasaan yang perlu dijaga. Kami sanggup luangkan masa untuk followers tapi bukan cara ini kami dilayan untuk kamu melepaskan kepuasan nafsu kamu yang jijik," tegas Jue lagi.
#hormat #Instagram #Jue Aziz #komen #lucah #netizen #pelakon #selebriti
;