Jualan amal kemeja-t ditandatangani kumpulan U2

Astro Awani
Februari 18, 2013 22:57 MYT
Badan hak asasi manusia, "Amnesty International Malaysia" melancarkan kempen jualan amal kemeja-t yang ditandatangani kumpulan U2.
Kempen itu mendapat sokongan selebriti tanah air antaranya Sharifah Amani dan Sofia Jane yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.
Kemeja-t edisi terhad "U2 Amnesty" dijual pada harga RM110 dimana hasil kutipan bakal disalurkan kepada badan berkenaan.
“Hari ini kita bersama-sama berkumpul di Hard Rock Cafe dalam usaha menyokong Amnesty International,” kata Sharifah Amani.
Sudah lama terlibat dengan Amnesty, Dira Abu Zahar memberi fokus kepada perjuangan menentang kezaliman terhadap wanita.
“Sebenarnya saya telah terlibat dalam kerja amal bersama badan Amnesty ini sejak tahun 2010 secara perlahan-lahan. Salah satunya apabila saya terlibat dalam satu pementasan teater 'Banduan Akhir'. Kita tidaklah mendapat liputan yang cukup meluas tetapi kali ini saya berjuang menentang kezaliman terhadap wanita, anak perempuan, anak gadis dan yang berkaitan. Saya cukup sensitif apabila wanita itu diberikan label.” kata Dira.
#Amnesty International Malaysia. Hard Rock Cafe #Dira Abu Zahar #U2
;