Jovian, Nina dedah telah bercerai sejak Ogos lalu

Nickyson Nyambar
Disember 5, 2023 22:27 MYT
Berita mengenai status rumah tangga kedua pasangan itu dimaklumkan oleh Jovian menerusi perkongsian di laman Instagramnya pada Selasa. -Gambar Instagram @jmandagie
KUALA LUMPUR : Pereka fesyen tanah air, Datuk Jovian Mandagie mendedahkan telah bercerai dengan isterinya, Nina Ismail Sabri sejak Ogos lalu.
Berita mengenai status rumah tangga kedua pasangan itu dimaklumkan oleh Jovian menerusi perkongsian di laman Instagramnya pada Selasa.
"Ada perkahwinan yang istimewa yang tercipta untuk seumur hidup tapi perkahwinan kami pula berkembang menjadi persahabatan seumur hidup.
"Pada Ogos lalu, kami sama-sama bersetuju untuk menamatkan perkahwinan kami yang berusia 10 tahun kerana percaya itu adalah keputusan terbaik.
"Kami sebagai sahabat dan ibu bapa Jeanelle, kami berkongsi rasa cinta yang berbeza yang harus kami hargai, memandangkan kebahagiaan Jeanelle adalah kebahagiaan kami, kami sudah lakukan yang terbaik," katanya menerusi kapsyen di Instagram.
Tambah Jovian, dia dan isteri tidak pernah membenci satu sama lain kerana pernah berkongsi hidup sebelum ini.
Jovian dan pasangan telah berkahwin sejak 11 Disember 2013.
Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun.
#perceraian #Datuk Jovian Mandagie #Nina Ismail Sabri #pereka fesyen
;