Jordin Sparks menghibur sambil beramal

Astro Awani
Februari 4, 2013 20:02 MYT
Acara tahunan "Super Bowl" bukan sahaja memberi fokus kepada sukan tetapi juga hiburan dan kerja amal.
Jordin Sparks turut hadir untuk menyanyi dan memberi sokongan kepada Yayasan Starkey Hearing.
Sungguhpun sibuk dengan karier, Sparks masih meluangkan masa untuk bekerja amal.
Pemain National Football League, Bill Witherspoon juga tidak terkecuali hadir dalam membantu yayasan tersebut.
Yayasan Starkey Hearing ialah yayasan yang ditubuhkan dengan tujuan memberikan kesedaran, pendidikan serta pelindungan dan rawatan kepada mereka yang mempunyai masalah pendengaran.
Lebih 63 ribu kanak-kanak di seluruh dunia yang mempunyai masalah pendengaran tetapi tidak mempunyai peralatan pendengaran untuk membantu mereka.
#Bill Witherspoon #Jordin Sparks #National Football League #Yayasan Starkey Hearing
;